Jumaat, 24 Februari 2012

Cuti Sem 1

Sebenarnya cuti sem aku dah nak habis. aku cuti sem lama. sebulan lebih jugaklah. cousin aku yg satu kampus dgn aku siap boleh kerja lagi cuti sem ni. aku? wow! greatttttt holiday bebeh. aku duduk rumah jage anak. ouh, sekarang dah ada dua. so, correction. aku duduk rumah jaga anak-anak.


Memang tipu lah kalau tu anak aku. tu anak sape tah aku pun takenal sangat. mak aku jaga bila parents dia pegi keje. mak aku cakap carik duit lebih. aku cakap, carik duit je lebih, duit berlebih-lebihnya aku tak nampak pun. tapi aku tak cakap lah kat mak aku macam ni. dalam hati je aku cakap nok.


Hidup aku tak mewah. so aku tak heran lah kenape mak bapak aku sibuk carik duit. lagipun adik beradik aku belum ada lagi yang keje. semua parents aku tanggung. so aku pun paham sangat lah setakat jaga budak nak carik duit.


Sepanjang aku cuti sem kali ni baru 4 kali kali aku keluar rumah. loser gila kan? 1st aku keluar dgn Fai. bff aku. kalau bff je mesti semua org piker aku dgn dia mcm twin kan? tett tett. salah tekaan tu. aku beza gila dgn dia. haritu kitorang kluar pegi Hotel Palace of the Golden Horses. dengar macam gempak kan? memang gempak pon hotel tu. pegi sana satu hari je lepak gym and swimming kat sana. aku, memang tak mampu lah. tapi kitorang dapat lepak sana sebab bapak Fai ada member club hotel tu. so aku main gym & swimming free je kat situ. okay, nampak tak beza aku dgn Fai? dia anak orang kaya. aku anak orang biasa.


2nd time aku klua dgn Am. mula2 aku malas nak klua dgn dia sbb aku pakai kancil, dia pakai merc. tup tap tup tap dia datang pakai neo. sama jugak. neo dgn kancil mcm gajah dgn semut merah. tp aku taktau lah mana dtg sifat rendah diri omg mulia gila mamat ni dia takesah lgsg ada kwn and lepak dgn loser mcm aku. dia hantar and ambek aku kat rumah flat aku. aku tau Am punya rumah banglo. cantik lah nama pon banglo. banglo mana tak cantik. tp dia kata design flat aku cantik macam rumah2 kat tmpt sejuk. puji ke apa mamat ni aku pun tak sure. tapi aku assume je lah aku tinggal kat cameron highland sbb nak cakap oversea mcm tipu sgt.


3rd time aku keluar dgn Fai lagi lepak mamak pulak kali ni. dia belanje. ohh kaya kaya kaya.


4th time aku keluar dgn Shaf lepak kat tasik permaisuri.


Tapi nampak tak kawan2 aku macam hebat2 orang nye. mana aku tak rasa loser. tapi aku bersyukur diorang ni baik2 orangnya. aku ingat lagi masa aku lepak dengan Am, dia ada cakap, pasal orang yg tak kaya ni yg suka belagak kaya. show off show off. orang yg betul2 kaya cool je. sebab dia tau dia kaya, so perlu ke tunjuk?


honestly, kadang aku pon tergolong jugak dalam golongan tak kaya tapi nak show off show off tu. yg org ckp biar papa asal bergaya. ouch, terasa gila siot. so, sekarang masa untuk loser macam aku menginsafkan diri.

Khamis, 23 Februari 2012

Baru Buat Blog

Oh hai. saya loser.


Baru ambek result final exam for my first sem semalam. result teruk. so, rasa macam loser. lepastu teros kecoh nak buat blog pasal loser.


punya eksited nak buat blog sekali malang nasib, buat url semua invalid2. penat aku pikir. nama pon loser. loser memang loser. nak pilih url semua orang dah pilih. dari sayaloser.blogspot.com dah ada. akuloser.blogspot.com dah ada. aku pun terus tuka bahase omputih. immaloser.blogspot.com pon dah ada jugak. urban sangat kot. aku kurangkan satu m. jadi lah imaloser.blogspot.com pon dah ada jugak weyh! son of ...
loser tak loser, aku masih teruskan perjuangan. letak lah missloser.blogspot.com tapi loser loser loser =..=" sama jugak. taboleh.


tapi takpe. aku dah biasa hidup sebagai loser. even jarang menang, tapi akan teruskan juga. so, sabar punya sabar, dapat jugak lah url. diari loser. so, aku rasa oke lah. asal ada lah.


memang tak best pon blog ni. tapi aku tapenah tacing. sebab biase lah. aku dah lali jadi loser.


so, kepada winner2 out there, hello. nice to know you. kepada loser2 pulak, leklu. belum masa lagi kita bersinar. stay tune~ ;)